Saturday, May 16, 2009

AMY ENTERPRISE










(AHMAD MOHD.YUNIN)
PENGURUS,

ALAMAT PEJABAT:
FIRST FLOOR, LOT 10,
KR IDUSTRIAL PARK,
JLN.HSK PELUDUK 3,
89500 PENAMPANG


TELEFON:
019-8326822

E-MAIL :
ahmyunin@yahoo.com


A. LATAR BELAKANG SYARIKAT

AMY ENTERPRISE adalah sebuah syarikat bumiputera milik perseorangan kepunyaan saya(Cikgu Ahmad Mohd.Yunin) . Amy Enterprise ditubuhkan pada pertengahan tahun 2004 sebaik saja saya meninggalkan alam pekerjaan sebagai penjawat awam. Saya komited menubuhkan Amy Enterprise bagi mengisi masa lapang, sekaligus menyahut seruan pihak kerajaan agar golongan pesara terus memberi sumbangan untuk kemakmuran dan pembangunan negara. Justeru, berbekalkan pengalaman kerja selama 34 tahun dalam sektor awam, saya memberanikan diri menubuhkan Amy Enterprise. Melalui syarikat ini saya berharap dapat terus menaburkan khidmat bakti khususnya untuk masyarakat Sabah. Sesungguhnya Sabah masih lagi mempunyai pelbagai sumber alam yang belum diterokai dan boleh dimajukan oleh golongan bumiputera. Semoga penglibatan saya dalam industri perniagaan ini sedikit sebanyak dapat memantapkan lagi ekonomi keluarga, sekaligus turut sama merancakkan lagi penglibatan golongan bumiputera di negeri Sabah dalam bidang perniagaan.InsyaAllah.........